Kelas/Masa/Mata pelajaran: 4 Cemerlang/845-915/Kajian Tempatan
Unit 4: Kepentingan rumah
Tajuk : Fungsi- mewujudkan kemesraan anggota keluarga
Objektif: Murid dapat menghuraikan fungsi rumah sebagai tempat yang dapat mewujudkan
Kemesraan ahli keluarga
Strategi P&P; Koperatif, kemahiran berfikir
Unsur Patriotisme : Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan rumah yang selesa
Aktiviti:
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang hari perayaan
2. Murid diminta memberi beberapa contoh keadaan yang boleh mewujudkan kemesraan
3. Guru menerangkan bahawa apabila keluarga berkumpul suasana rumah menjadi meriah dan kemesraan keluarga semakin kuat
4. Guru meminta murid menyenaraikan aktiviti lain yang boleh mewujudkan kemesraan keluarga
5. Murid diminta menjawab lembaran kerja
6. Guru membimbing dan memantau kerja murid
Kelas/Masa/Mata pelajaran: 6 Bestari/1145-1215/Kajian Tempatan
Unti 4 : Implikasi kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
Tajuk: Kegiatan ekonomi dan pencemaran
(Perubahan landskap akibat kegiatan ekonomi)
Objektif : Murid dapat menjelaskan implikasi kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
Murid dapat menyenaraikan perubahan landskap akibat daripada kegiatan ekonomi
Unsur Patriotisme: Menyedari pentingnya menjaga alam sekitar
Menghargai khazanah alam
Strategi P&P : Mengenal pasti masalah,penerokaan individu
Aktiviti :
1. Guru membawa murid keluar kelas dan berkumpul di tapak perhimpunan
2. Murid diminta merujuk BT hlm 42-44 untuk mencari maklumat
3. Guru mempamerkan dua keeping gambar
4. Murid diminta menyatakan pendapat tentang perubahan landskap yang berlaku
5. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan
6. Guru membuat rumusan tentang hasil kerja murid
Tugasan : Murid diminta mengumpul maklumat tentang perubahan landskap akibat kegiatan ekonomi.
Kelas/Masa/Mata pelajaran: 5 Elit/1215-115/Bahasa Melayu
Tajuk: Sistem Bahasa
Kemahiran: Mengisi tempat kosong dengan sistem bahasa yang sesuai
Objektif: Murid dapat memahami dan dapat menjawab dengan baik
Aktiviti:
1. Guru meminta murid membaca
2. Berbincang bersama murid
3. Murid menjawab dan mengisi perktaan yang sesuai dengan ayat
4. Guru menyemak kerja murid.
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment