Monday, May 17, 2010

SELASA: 18/05/10

Kelas/Masa/Mata pelajaran: 4 Cemerlang/845-915/Kajian Tempatan
Unit 4 : Kepentingan rumah
Tajuk : Fungsi – menyediakan keselesaan
Objektif: Murid dapat menegetahui peranan dan tanggungjawab anggota keluatga terhadap kesele
Saan di dalam rumah
Strategi P&P : Kemahiran berfikir
Unsur Patriotisme: Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan rumah yang selesa
Aktiviti :
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perabot di kelas
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perabot di rumah
3. Guru meminta murid menulis tugas yang dilakukan oleh keluarga seperti dalam gambar BT hlm 38
4. Guru meminta murid menyenarai tugas ayah , ibu, abang, kakak untuk mewujudkan keselesaan di rumah

Kelas/Masa/Mata pelajaran: 6 Bestari/1145-1215/Kajian Tempatan
Unit 4: Implikasi kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
Tajuk : Pencemaran
Objektif : Murid dapat menyatakan punca berlakunya pencemaran akibat daripada kegiatan ekonomi
Menghubungkait kesan pencemaran terhadap tumbuhan, hidupan laut, haiwan dan mamalia
Unsur Patriotisme: Menghargai khazanah alam
Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama
Strategi P&P : Pemerhatian, kemahiran berfikir, inkuiri penemuan
Aktiviti:
1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang pencemaran alam
2. Guru menjelaskan kepada murid tentang tanggungjawab
3. Guru menerangkan kegiatan ekonomi boleh menyebabkan pencemaran berlaku
4. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan
5. Kumpulan A – punca pencemaran udara
6. Kumpulan B – punca pencemaran air
7. Kumpulan C – punca pencemaran darat
8. Kumpulan D – punca pencemaran bunyi
9. Murid diminta merujuk BT hlm 45-48 dan mencatat maklumat dalam boring pengurusan grafik
10. Guru merumuskan hasil pembelajaran dengan menyatakan punca berlakunya
Punca pencemran akibat kegiatan ekonomi.

Kelas/Masa/Mata pelajaran: 5 Elit/1215-115/Bahasa Melayu
Tajuk: Membuat kerangan
Kemahiran: Menulis karangan dialog
Objektif: Murid dapat membuat karangan dialog
Aktiviti:
1. Guru meminta murid memerhati dan membaca contoh karangan tersebut
2. Murid membaca
3. Guru berbincang dengan murid
4. Murid menjawab dan membuat latihan
5. Guru menyemak kerja murid

No comments:

Post a Comment