Tuesday, March 20, 2012

KHAMIS: 22/03/2012

KELAS/MASA/MATA PELAJARAN : 6 ARIF/745-845/KEMAHIRAN HIDUP
Unit 1 : Kreativiti dan reka cipta
Tajuk : a) Penghasilan Projek Reka Cipta
Hasil Pembelajaran : Murid dapat menyediakan alatan dan bahan
Murid dapat membina projek
BBM : Buku teks, alatan dan bahan sebenar
Nilai Murni : ingin mencuba, bersistematik, tekun, teliti, berhati-hati
Kemahiran bernilai tambah : kemahiran belajar cara belajar, kontruktivisme
Aktiviti :
1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang peralatan yang sesuai digunakan
2. Guru menunjukkan cara mengukur dan menanda
3. Guru meminta meminta menyenarai langkah yang betul
4. Guru membimbing murid dalam membuat projek
5. Membuat rumusan

KELAS/MASA/MATA PELAJARAN : 5 CEMERLANG/845-945/SAINS
Tema : Menyiasat daya dan Tenaga
Unit : Tenaga
4.2: Perubahan Tenaga
Objektif : Di akhir unit murid dapat
- Memahami bahawa tenaga boleh diubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain
Aktiviti
1. Guru bertanya kepada murid
- Apakah bentuk-bentuk tenaga?
- Adakah tenaga boleh diubah?
2. Guru menjelaskan kepada murid terdapat berbagai bentuk tenaga
- Tenaga elektrik
- Tenaga haba
- Tenaga keupayaan
- Tenaga kimia
- Tenaga bunyi
- Tenaga kinetic
- Tenaga cahaya
3. Guru menerangkan kepada murid tentang perubahan cahaya
4. Murid membuat nota
Proses Sains : memerhati
BBM : Buku teks

No comments:

Post a Comment