Friday, July 9, 2010

ISNIN: 28/06/2010

Kelas/Masa/Mata pelajaran: 6 Dedikasi/845-945/Sains
Tajuk: Latih tubi
Kemahiran: Menjawab soalan contoh
Aktiviti: Murid menjawab soalan yang diedarkan oleh guru
Guru berbincang bersama murid

Kelas/Masa/Mata pelajaran: 5 Elit/1045-1145/ Bahasa Melayu
Tajuk: Menjawab soalan kefahaman
Kemahiran : Membaca dan menjawab
Objektif: Murid dapat menjawab soalan dengan baik
Aktiviti:
1. Guru berbincang dengan murid
2. Guru memberi beberapa contoh ayat berkaitan
3. Murid menjawab soalan yang diberikan
4. Guru menyemak kerja murid

Kelas/Masa/Mata pelajaran: 6 Bestari/1145-1215/Kajian Tempatan
Unit 3: Sumbangan kegiatan ekonomi
Tajuk : Kepentingan kegiatan ekonomi
- menambahkan pendapatan Negara
- Membangunkan Negara
- Membangunkan kawasan
Objektif: Murid dapat menjelaskan kegiatan ekonomi yang memberikan sumbangan kepada
Pembangunan Negara .
Unsur Patriotisme : Bersyukur dengan wujudnya pelbagai peluang pekerjaan
Strategi P&P : kemahiran berfikir, kemahiran belajar, inkuiri penemuan
Aktiviti :
1. Guru bersoaljawab dengan murid
2. Murid diminta menyenaraikan contoh projek pembangunan yang dijalankan
3. Murid diminta merujuk BT. Hlm 37-38
4. Guru mencatat maklumat yang diperolehi oleh murid
Tugasan : Murid membuat aktiviti yang disediakan dalam buku teks hlm. 40

Kelas/masa/Mata pelajaran: 4 Cemerlang/1245-115/ Kajian Tempatan
Tajuk: jenis petempatan awal
Objektif: Murid dapat menyatakan sebab manusia berpindah-randah pada peringkat awal
Murid dapat menyatakan keistimewaan manusia tinggal dipersekitaran gua
Aktiviti;
1. Guru bertanya murid , mengapa barang itu diangkut
2. Murid diminta merujuk buku teks
3. Guru meminta murid mencari maklumat mengapa manusia zaman dahulu berpindah
4. Guru meminta murid menulis jawapan di papan hitam
5. Murid diminta mencari maklumat tentang ciri keistimewaan gua dan faktor manusia zamn dahulu
Strategi P&P : kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir
Unsur patriotisme: berbangga dengan adanya berbagai jenis rumah

No comments:

Post a Comment