Monday, April 12, 2010

SELASA: 13/04/10

Kelas/Masa/Mata pelajaran: 4 Cemerlang/845-915/Kajian Tempatan
Unit 2 : Faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah
Tajuk: Rumah di Malaysia dan Negara lain
( kepadatan penduduk )
Objektif: Murid dapat menerangkan faktor kepadatan penduduk mempengaruhi pembinaan rumah
Aktiviti:
1. Guru menyatakan kepadatan penduduk ialah jumlah penduduk yang ramai dalam satu-satu kawasan
2. Guru berbincang dengan murid perihal penduduk di kawasan padat, sederhana dan kurang padat
3. Guru menyatakan bentuk rumah di kawasan padat dan bentuk rumah di kawasan kurang padat
4. Murid diminta menyalin nota di dalam buku nota
5. Guru bersoal jawab dengan murid tentang rumah yang sesuai dibina di kawasan penduduk padat
Strategi P&P : kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir
Unsur Patriotisma: Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat perlindungan

Kelas/Masa/Mata pelajaran : 6 Bestari/1145-1215/Kajian Tempatan
Unit 3 : Sumbangan kegiatan ekonomi
Tajuk : Kepentingan kegiatan ekonomi (menyedia peluang pekerjaan)
Objektif: dapat menyatakan jenis-jenis pekerjaan berdasarkan kegiatan ekonomi
Dapat menyatakan bagaimana kegiatan ekonomi dapat menambahkan hasil pendapatan
Negara
Aktiviti:
1. Murid diminta menamakan pekerjaan yang terdapat dalam lagu tersebut
2. Guru mengaitkan jenis pekerjaan dengan tajuk yang diajar
3. Guru membuat penerangan tentang pekerjaan yang dapat dikelaskan kepada sector awam dan
sektor swasta
4. Guru menilai kefahaman murid dengan member beberapa soalan
5. Murid dikehendaki menyediakan biodata diri pada masa depan
Strategi pengajaran : kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kajian masa depan
Unsure patriotism : berbangga kerana terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Negara kita
Bersyukur dengan wujudnya pelbagai peluang pekerjaan

Kelas/Masa/Mata pelajaran : 5 Elit/1215-115/Bahasa Melayu
Tajuk: Tatabahasa
Kemahiran menjawab soalan kefahaman
Objektif: Murid dapat menjawab soalan kefahaman
Aktiviti:
1. Guru berbincang dengan murid tentang kata sendi
2. Guru memberi beberapa contoh ayat yang berkaitan
2. Guru berbincang dengan murid
4. Murid diminta membuat beberapa ayat berkaitan dengan tatabahasa
5. Latihan
6. Guru menyemak kerja murid
BBM: Latihan tatabhasa

No comments:

Post a Comment